Buat Duit Lebih

Maklumat Terkini Tentang Cara Buat Duit Lebih Di Malaysia

Buat Duit Lebih Dengan Berborak Je Melalui Tamago

Apa yang akan kami kongsi hari ini adalah cara buat duit lebih yang paling pelik yang kami jumpai setakat ini. Rasa-rasa zaman dah semakin moden, cara buat duit pun sudah special sikit.

Biar kami perkenalkan Tamago

App yang boleh dimuat turun di App Store ataupun Google Play Store

Apakah Tamago?

Ia adalah aplikasi streaming langsung (live streaming) di rantau Asia Tenggara yang membolehkan anda menonton atau menyiarkan video secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Streamer boleh buat duit lebih dengan berborak saja dengan penonton live streaming melalui aplikasi ini.

Ya, betul, berborak je

Pelikkan?

Dengan aplikasi ini, anda boleh

(1) mendapat pengalaman sebagai VIP: berinteraksi dengan personaliti kegemaran anda dekat dan peribadi, atau

(2) menjadi seorang superstar: mempamerkan bakat anda dan dibayar untuknya.

Terdapat lima bahasa yang disokong oleh Tamago, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Tagalog, Vietnam

Bagaimana menyertai Tamago?

Amat mudah. Klik butang di bawah dan isikan borang di sana

Sertai Tamago

Terdapat tiga pilihan di sana,

  1. “Lifestyle”
  2. “Gaming”
  3. “Others”

Jika anda nak buat duit lebih dengan berborak je, pilih “Lifestyle“.

Ya, anda juga boleh stream video anda bermain dengan apa-apa online Game seperti Mobile Legends, PUBG, LOL, DOTA2, CS, AOV dan sebagainya. Zizan Razak adalah salah seorang streamer bermain Mobile Legends di aplikasi ini.

Berapa Banyak yang Boleh Anda Peroleh Sebagai Streamer?

Berdasarkan blog di Rojak Daily, anda mungkin boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM10 ribu setiap bulan

Dahsyatkan?

Hanya bercakap dengan orang online boleh membantu anda membuat banyak wang?

Tapi

anda mungkin mempunyai soalan yang sama

Bagaimana Tamago Dapat Duit Melalui Live Streaming

Di dalam aplikasi, anda boleh beri hadiah kepada streamer yang anda suka. Nampak tak ikon “hadiah” di bahagian bawah kanan (gambar di bawah)?

Tamago App Screenshot

 

Anda boleh bagi 5 TCoins untuk banner “You are awesome” ataupun 1,000 TCoins untuk sebuah istana.

Satu TCoin bernilai kira-kira RM0.10 (anggaran). Jika anda bagi sebuah istana kepada streamer, bermakna nilainya ialah RM100.

Streamers mungkin mendapat potongan kecil dari itu dan selebihnya diambil oleh Tamago. Rasa-rasanya, inilah cara mereka buat duit melalui aplikasi ini.

 

Apakah Pandangan Kami?

Sekiranya anda ada muka cantik ataupun kacak, anda boleh cuba Tamago untuk buat duit lebih. Kami dapati semua streamer yang popular bermuka cantik dan pandai mengambil hati penonton.

Kami ni di buatduitlebih, muka tak kacak, perut buncit, rasa-rasa tak akan dapat peminat-peminat yang ramai. Haha…

Jika anda masih berminat dan nak cuba, klik butang di bawah untuk maklumat lanjut

Sertai Tamago

 

Maklumat Terkini (Dikemaskini pada 21 Sept 2018): Kami dapati ada satu aplikasi yang lebih kurang sama dengan Tamago dan ia adalah lebih popular di kalangan rakyat Malaysia

Nama aplikasi itu ialah Bigo. Jika berminat, anda boleh klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Sertai Bigo

Copyright © www.buatduitlebih.com - All Rights Reserved. All trademarks are the property of their respective owners.
error: Content is protected !!