fbpx

Buat Duit Lebih

Maklumat Terkini Tentang Cara Buat Duit Lebih Di Malaysia

Buat Duit Online? Macam Mana? Baca Artikel Ini

buat duit onlineSudah semakin senang untuk buat duit online. Internet penuh dengan maklumat cara-cara buat duit online, tetapi kadang-kadang maklumat yang dicari di Internet mungkin mengelirukan dan anda mungkin tanya juga, adakah cara-cara yang dikongsi di Internet merupakan satu penipuan ataupun “scam“? Terdapat banyak laman-laman web scam di Internet sekarang. Anda haruslah berhati-hati.

Untuk membantu para sekalian, kami di buatduitlebih.com sudah menyusun beberapa cara untuk buat duit online yang sah di Malaysia seperti di bawah.

 

Jual Internet Broadband Online

Ya, betul! anda boleh menjual broadband di Internet. Ini tidak terhad kepada produk Maxis, Time atau TM. Pada masa ini, anda boleh menjual Unifi, Maxis Fibre, Time Fibre, TM talian tetap, Streamyx, Astro IPTV dan Maxis Mobile. Anda boleh mendapat komisen langganan selama satu bulan apabila permohonan berjaya. Apa yang lagi memotivasikan ialah Internet adalah keperluan kepada semua sekarang. Untuk dapat pelanggan menjadi senang.

Anda boleh menyertai program ini secara percuma dengan klik butang “Sertai Program” di bawah.

Sertai Program

Tetapi ia melibatkan sedikit kerja manual, iaitu mengisi borang. Sebaik sahaja anda mempunyai pelanggan yang berminat, Anda perlu mengisi borang dan memuat naik dokumen yang diperlukan di laman web mereka. Anda juga boleh dapat komisen apabila seseorang yang anda rujuk melalui link anda. Cara ia berfungsi adalah seperti MLM (Multi Level Marketing)

Komisen yang anda peroleh melalui cara ini agak lumayan. Biar kami ambil satu contoh, komisen untuk Maxis Home Fibre Internet boleh capai setinggi 180% dari harga pakej. Untuk pakej Maxis 10Mbps sahaja, sekiranya seseorang pelanggan yang anda rujuk berjaya, anda boleh dapat komisen sebanyak RM214.20. Klik butang di bawah jika anda berminat.

Sertai Program

 

Isi Borang Selidik (Survey) Online

Laman-laman web borang selidik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang sangat sedikit, tetapi pembayarannya tidak banyak. anda memerlukan beberapa laman web ini untuk mendapat sejumlah pendapatan. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda perlu mengisi profil anda supaya syarikat-syarikat borang selidik ini boleh menyerahkan soal selidik yang sesuai dengan anda. Pembayaran bagi setiap tinjauan adalah dari $0.80 hingga beberapa US dolar untuk setiap borang selidik. Sebenarnya, kami pernah kongsi tentang borang selidik secara terperinci sebelum ini. Anda boleh layari artikel tersebut di SINI.

 

Menyelesaikan Captcha

Anda boleh buat duit online dengan menyelesaikan Captcha. Apa yang anda perlukan adalah Internet, keyboard dan kemahiran untuk menaip. Pembayaran itu tidak terlalu banyak ($0.50 US dollar untuk 1-2 jam) tetapi pekerjaan ini hanya memerlukan kemahiran menaip dan anda boleh bekerja secara online sepenuhnya dari rumah. Jika berminat, anda boleh mendaftar dengan klik butang “2Captcha” di bawah

2Captcha

 

Jadi Youtuber

Kebangkitan Internet telah mendorong keperluan video streaming. Pada hari ini, banyak orang menghabiskan lebih banyak masa di Youtube berbanding dendan program televisyen tradisional. Oleh itu, terdapat banyak syarikat iklan sudah beralih kempen-kempen iklan mereka ke online. Youtube menyediakan saluran yang baik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk buat video dan memuat naik di Youtube dan kita boleh mendapat pendapatan daripada syarikat-syarikat iklan tersebut. Untuk permulaan, anda boleh buat video seperti resipi makanan, bagaimana memperbaiki paip bocor, produk review dan sebagainya. Ada orang yang merepeh sahaja di Youtube dan buat duit selagi anda mempunyai sejumlah penonton. Maklumat terperinci tentang macam mana jadi Youtuber boleh didapati di artikel yang kami kongsi sebelum. Sila klik SINI

 

Install Mobile App – GigaGigs

GigaGigs adalah aplikasi mobile yang memberi ganjaran kepada anda untuk menyelesaikan tugas-tugas mikro mudah. Tugas-tugas tersebut adalah seperti menyisi borang selidik ataupun mencuba produk / perkhidmatan baru. Apa yang perlu anda lakukan ialah memuat turun aplikasi, mencari tugas di tempat anda, dan selesaikan tugas pilihan anda dengan mengikuti arahannya. Anda boleh mengeluarkan wang anda sebaik sahaja anda memperoleh RM10 minimum, tetapi pastikan anda mempunyai akaun bank Malaysia. Jika berminat, boleh klik butang “Terokai GigaGigs” di bawah.

Terokai GigaGigs

 

Menjaga Haiwan Kesayangan Orang Lain

Petsodia adalah platform online yang menghubungkan pemilik haiwan peliharaan kepada penjaga/pengasuh haiwan peliharaan yang bersedia untuk menjadi tuan rumah sementara untuk haiwan peliharaan kesayangan mereka apabila mereka bekerja ataupun melancong, Untuk memohon untuk menjadi pengasuh haiwan, daftar di laman web mereka. Sebaik sahaja profil anda telah disemak dan diluluskan oleh Petsodia, anda boleh mula menyenaraikan anda sebagai penjaga/pengasuh.

Sebagai penjaga/pengasuh haiwan peliharaan, anda memperoleh pendapatan antara RM35 – RM60 sehari dari keselesaan rumah anda sendiri. Anda boleh pilih menjadi tuan rumah jenis haiwan kesayangan yang anda inginkan –  kucing, burung, hamster, dan sebagainya. Anda juga boleh menjadi tuan rumah lebih daripada satu haiwan pada satu masa. Pemilik haiwan peliharaan akan membayar kepada Petsodia dan anda akan menerima 80% dan baki 20% adalah untuk yuran pentadbiran dan pemasaran. Pembayaran dilakukan melalui pemindahan bank dan ia mengambil masa kurang dari 10 hari bekerja. Anda perlu mempunyai akaun bank Malaysia dan anda mesti ialah pemilik haiwan peliharaan untuk jenis haiwan yang anda akan jadi penjaga/pengasuh. Jika berminat, sila klik butang “Cuba Petsodia” di bawah.

Cuba Petsodia

 

Perkara yang Perlu Diperhatikan Apabila Cuba Buat Duit Online

Kadang-kadang, sekiranya anda mendapati program-program yang terlampau senang untuk buat duit online, jangan sertai program tersebut, ada kemungkinan besar program-program tersebut adalah penipuan “scam”. Contoh-contoh yang kami boleh bagikan adalah seperti program-program yang menjanjikan pulangan yang tinggi dengan hanya satu klik, program-program yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat dan sebagainya.

Buat duit online adalah 100% mungkin tetapi anda perlu kerja keras dan berusaha juga. Tidak ada wang mudah tanpa kerja keras, kemahiran atau teknik yang betul. Sesetengah kemahiran atau perniagaan online mengambil masa beberapa tahun untuk membina tanpa sebarang pendapatan pada mulanya. Jadi, bertahanlah! Potensi untuk buat duit online tidak terhad dan pulangannya agak lumyan jika anda berjaya. Selamat berjaya!

Adakah Artikel Ini Membantu?
Adakah anda tengah cari cara buat duit online, nak ketahui apakah peluang yang ada? Artikel ini mungkin untuk anda.
Copyright © www.buatduitlebih.com - All Rights Reserved. All trademarks are the property of their respective owners.
error: Content is protected !!