Buat Duit Lebih

Maklumat Terkini Tentang Cara Buat Duit Lebih Di Malaysia

Nak Jadi Uber Driver? Jom!

Maklumat Terkini (Dikemaskini pada 9 Apr 2018): Kesemua operasi Uber di Asia Tenggara (Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura) telah dijual kepada GRAB. Anda tidak boleh menjadi pemandu Uber di Malaysia lagi. Klik SINI untuk mengetahui cara untuk menjadi pemandu GRAB.

Uber MalaysiaApa itu Uber?

Uber adalah aplikasi “ridesharing” untuk tunggangan cepat dalam beberapa minit, siang atau malam. Tidak perlu bawa kereta, menunggu teksi atau bas ke destinasi anda. Dengan Uber, penunggang hanya perlu “tap” di “app” untuk mendapatkan perkhidmatan. Aplikasi Uber boleh didapati di platform Android dan IOS. Semua tempahan dan urus niaga dibuat secara “online” dan pembayaran sama ada secara tunai atau kad kredit.

Terdapat beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Yang paling biasa adalah UberX, UberXL dan Uber Black.

UberX

UberX adalah cara paling murah tanpa mencederakan poket seseorang. Biasanya kereta ini adalah segment 4 seater seperti Perodua Axia, Proton Saga, Toyota Vios atau MyVi.

UberTaxi

Dengan UberTaxi, teksi-teksi Malaysia boleh didapati melalui permintaan Uber. Harga dicaj mengikut kadar meter.

UberFlash

UberFlash akan menyambung penumbang kepada pemandu yang paling dekat dengan mereka, sama ada itu kereta UberX peribadi atau teksi. Harga dicaj mengikut kadar UberX.

UberXL

UberXL biasanya terdiri daripada 5 pintu atau 7 tempat duduk kereta. Biasanya kereta MPV seperti Toyota Innova, Nissan Grand Livina dan Proton Exora berada di bawah kategori ini

UberBlack

UberBlack adalah perkhidmatan Uber premium. Kereta seperti Toyota Camry, Honda Accord, CR-V, Toyota Velfire, Honda CRV, Mitsubishi ASX, Kia Sportage berada dalam lingkungan ini.

Berapa Banyak yang Boleh Anda Peroleh Sebagai Pemandu Uber?

Berdasarkan pengiraan kasar, pemandu sambilan Uber X boleh memperoleh pendapatan kasar sehingga RM3,000 dalam sebulan dengan hanya bekerja empat jam tiap-tiap hari pada hari kerja, lima jam pada hari Jumaat dan kira-kira enam jam sehari pada hujung minggu. Pemandu Uber mungkin boleh mendapat lebih banyak pendapatan jika mereka memandu pada waktu puncak, di mana kadar tambang meningkat.

Keperluan Untuk Menjadi Pemandu Uber

Menjadi pemandu Uber adalah sangat mudah. Anda tidak memerlukan SPM untuk menjadi pemandu Uber. Berikut adalah kelayakan minimum untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemandu UberX.

  • Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun (Tiada had umur maksimum)
  • Mempunyai lesen memandu kelas D
  • Memiliki kereta yang berumur kurang dari 9 tahun, 4-Pintu Kereta
  • Polisi insurans kereta di bawah nama yang sama dengan pemohon. Jika anda memandu kereta keluarga anda, pastikan nama anda juga berada di bawah polisi insurans.
  • Kereta yang dipandu berada dalam keadaan yang baik, tiada kerosakan kosmetik, tiada iklan komersial. 2-pintu van dan 2-pintu kereta tidak layak sebagai kereta Uber. Anda memerlukan 4-pintu kenderaan. Wira dan Iswara juga tidak dibenarkan. Waja mesti dihasilkan dari tahun 2010
  • Uber juga akan melakukan pemeriksaan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar sebagai Pemandu. Pemandu yang mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini, rekod pemanduan buruk dan saman yang tidak dijangka akan ditolak

 

Dokumen yang Diperlukan untuk Pendaftaran

  • Kad Pengenalan atau Kad Penduduk Tetap
  • Lesen Memandu (P dibenarkan)
  • Nota perlindungan insurans dengan nama pemandu di atas

 

Cara Mendaftar

Uber Malaysia masih menerima pemandu. Mereka telah melancarkan perkhidmatan mereka di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Johor dan Ipoh. Untuk mendaftar anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini

 

Kebaikan dan Keburukan Menjadi Pemandu Uber

Kebaikan

  • Anda boleh menjana pendapatan dengan cepat
  • Pembayaran dari Uber adalah mingguan
  • Anda tidak perlu bimbang tentang tol, mereka dilindungi di dalam pembayaran
  • Anda akan dapat bertemu dengan orang-orang dari pelbagai latar belakang untuk “network”
  • Anda akan dapat berjumpa dengan selebriti tempatan jika bernasib baik!
  • Jam kerja yang fleksibel

Keburukan

  • Kereta anda lebih kerap diperiksa and bayar “maintenance”
  • Anda perlu membayar petrol anda
  • Uber caj 25% daripada jumlah pendapatan anda
  • Kereta anda tidak boleh melebihi 5 tahun. Jika kereta anda lebih tua, anda perlu menghantarnya ke Uber HQ untuk diperiksa

 

Copyright © www.buatduitlebih.com - All Rights Reserved. All trademarks are the property of their respective owners.
error: Content is protected !!