Buat Duit Lebih

Maklumat Terkini Tentang Cara Buat Duit Lebih Di Malaysia

Sewa Kereta Anda Melalui Moovby

Apa Itu Moovby?

Adakah anda mempunyai sebuah kereta yang tidak dipakai ataupun hanya dipakai pada hujung minggu sahaja? Mengapa tidak menyewakan kereta anda apabila ia tidak digunakan dan anda boleh menjana pendapatan sampingan? Biar saya perkenalkan, Moovby, “mobile app” yang membawa pemilik kereta dan penyewa di bawah satu bumbung. Moovby berasal dari perkataan Inggeris, “Move” dan “Nearby

Moovby ditubuhkan oleh Nadzri, 23, dan Nik, 28, Moovby merupakan platform yang berfungsi untuk pihak pemilik and penyewa. Ia dilancarkan pada 17-Jan, “app” ini membolehkan pemilik mendaftarkan kereta mereka serta membolehkan pengguna memilih kereta yang mereka nak sewa. Sesiapa yang ingin menyewa kereta kini boleh pergi terus ke Moovby di mana mereka boleh dengan mudah menyemak jenis kenderaan yang sedia ada tanpa perlu menghubungi pemilik kereta. Moovby beroperasi di bandar-bandar berikut, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan
Melaka.

Untuk menyewa kereta di Moovby, semua pelanggan hanya perlu memuat naik gambar IC, lesen memandu dan bil utiliti (seperti astro/tnb) or kad matrick (jika anda seorang pelajar). Setelah disahkan – biasanya dalam masa 24 jam – pelanggan boleh mula menyemak dan cari kereta.

Anda boleh cari kereta mengikut lokasi dan mengikut jenis. Moovby akan memaparkan kereta yang ada dalam radius 15km dari lokasi yang dimasukkan. Untuk menapis jenis kereta, penyewa boleh memilih jenis kenderaan (compact, 4X4, sedan, MPV atau van) atau jenama kenderaan.

Bagi pemilik, mereka boleh menyenaraikan kereta mereka dengan mengemukakan butiran perbankan dan dokumen kenderaan seperti cukai jalan dan insurans. Sebarang kenderaan yang beroda empat layak didaftarkan, selagi ia telah didaftarkan tidak lebih daripada enam tahun.

Pemilik tidak perlu bimbang kenderaan mereka yang disewa digunakan untuk membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Untuk ketenangan pemilik kereta, setiap penyewa kereta akan disemak oleh pasukan Moovby mereka sebelum dibenarkan untuk menyewa.

Setakat ini, Moovby mempunyai kira-kira 1,100 kereta yang didaftarkan dan ia terdiri daripada seperti Viva, Iriz dan Myvi kepada tujuh tempat duduk seperti Exora, Estima dan Alphard.

Caj sewa bergantung kepada saiz kereta serta nilai pasarannya. Kereta termurah di Moovby ialah Perodua Viva, dengan harga RM6 sejam. 15 peratus daripada jumlah caj sewa akan dipindahkan kepada Moovby.

 

Bagaimana menyertai Moovby?

Untuk menyertai Moovby adalah mudah! Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan akaun Facebook anda, atau menggunakan alamat e-mel pilihan anda. Setelah itu, apa yang perlu anda lakukan ialah memuat naik gambar IC, lesen memandu dan itu saja.

 

Bila Moovby Akan Bayar Pemilik Kereta?

Penyewa kereta akan bayar terus kepada Moovby and Moovby akan membuat pembayaran kepada anda setiap minggu.

Jika berminat, klik butang “Moovby” di bawah

Moovby

untuk mendapat maklumat lanjut tentang Moovby. Moovby app boleh dimuat turun dari Play Store (Android) atau App Store (iOS)

Copyright © www.buatduitlebih.com - All Rights Reserved. All trademarks are the property of their respective owners.
error: Content is protected !!