Buat Duit Lebih

Maklumat Terkini Tentang Cara Buat Duit Lebih Di Malaysia

Ya, Jual Barangan Lama Untuk Buat Duit Lebih

Garage Sales

Berbanding dengan menimbun semua barangan-barangan lama yang tidak diperlukan, mengapa tidak menjualnya kepada orang lain. Anda mungkin mempunyai barangan koleksi seperti kad Pokemon lama atau permainan kad lain-lain yang masih ada ramai peminat sehingga hari ini.

Bayangkan anda mempunyai kad Pokemon  seperti kad Pokemon Illustrator, anda boleh menjualnya dengan harga RM100,000 sekarang!

Selain koleksi, anda boleh menjual buku, pakaian, alat teknologi atau apa-apa yang masih berfungsi, dalam keadaan baik dan dalam permintaan. Anda boleh menjualnya kepada pembeli-pembeli lain di laman-laman web besar seperti Amazon, eBay, Lazada, Lelong.my dan Mudah.

Di Mudah, anda boleh iklan secara percuma sebagai pengguna persendirian

Iklan Kenderaan (termasuk aksesori kenderaan)

Pengguna Persendirian boleh “post” 1 iklan percuma pada satu masa. Sekiranya seseorang ingin meletakkan lebih daripada 1 iklan pada satu masa, dia dikehendaki mendaftar akaun PRO Niaga dan membayar yuran penyenaraian iklan

Iklan Hartanah

Pengguna Persendirian boleh menghantar 1 iklan percuma pada satu-satu masa. Sekiranya seseorang ingin meletakkan lebih daripada 1 iklan pada satu-satu masa, dia akan dikehendaki mendaftar untuk akaun PRO Niaga percuma dan membayar yuran penyenaraian iklan yang sesuai.

Iklan elektronik

Pengguna Persendirian boleh menghantar 3 iklan percuma pada satu-satu masa. Jika seseorang ingin meletakkan lebih dari 3 iklan pada satu-satu masa, dia akan dikehendaki mendaftar untuk akaun PRO Niaga percuma dan membayar yuran penyenaraian iklan yang sesuai.

Copyright © www.buatduitlebih.com - All Rights Reserved. All trademarks are the property of their respective owners.
error: Content is protected !!